Pages

Test Footer 2

Senin, 03 September 2012

Karangan Naratif


UNSUR-UNSUR KARANGAN NARATIF


Karangan jenis ini tidak memerlukan format dan mempunyai unsure-unsur sebuah cerita.
Terdapat 6 unsur utama yang membentuk sebuah cereka.

(i)                 Tema/Persoalan
·         Tema ialah persoalan utama atau persoalan pokok yang dikemukakan dalam sebuah cerita.
·         Persoalan pula ialah hal-hal yang ditimbulkan di sepanjang cereka untuk membangunkan tema yang diketengahkan dalam karya.
·         Tema mungkin berkaitan dengan kasih-sayang, kegigihan semangat cinta akan negara  dan lain-lain.
·         Tema sampingan berfungsi untuk mengunggulkan tema pokok.
·         Dalam cereka, biasanya terdapat satu tema tetapi mengandungi banyak persoalan.

(ii)              Latar
·         Latar atau setting ialah latar belakang bagi sesebuah cereka .  Latar boleh dilihat dari 2 segi.
(a)    Latar fizikal atau latar persekitaran, iaitu gambaran tempat dan masa sesuatu perkara itu berlaku.
(b)    Latar masyarakat iaitu gambar tentang keadaan masyarakat di tempat sesuatu perkara itu berlaku.

(iii)            Plot
·         Plot ialah jalinan peristiwa yang berlaku dalam sesebuah cerita berdasarkan hukum sebab dan akibat.
·         Terdapat 2 jenis plot :

(a)    Plot kronologis(Konvensional)

-            Plot dibina menurut urutan masa iaitu yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
-            Sebuah plot konvensional mempunyai 3 tahap yang utama iatu :
Ó  Permulaan
Ó  Klimaks
Ó  Penyelesaian





Plot konvensional dapat ditunjukkan melalui rajah berikut:
                                                            Klimaks
 

                                                                                    Peleraian

Aksi Menaik

                        Konflik


Permulaan

(b)   Plot bukan kronologis(Bukan konvensional)

-            Plot jenis ini adalah keterbalikan daripada plot secara kronologis
-            Cerpen dimulai dengan pengakhiran cerita, kemudian dibawa pula pembaca kepada permulaan bahagian sebelum pengakhiran dan disudahi dengan peleraian.

Binaan Plot


Binaat plot dalam sesebuah cerita mempunyai struktur umum yang dapat dibahagikan kepada 3 peringkat seperti berikut :

(a)    Eksprosisi/Permulaan
-          Digunakan untuk memperkenalkan watak
-          Memperkenalkan watak utama dan perwatakannya
-          Gambaran/suasana latar tempat dan masyarakat

(b)    Perkembangan
-          watak utama dan watak-watak yang lain saling berhubungan dan mewujudkan cerita yang semakin berkembang.
-          Pesoalan-persoalan turut dimuatkan oleh pengarang.

(c)     Peleraian
-          Watak utama berjaya mengatasi atau menyelesaikan konflik yang memuncak dalam dirinya.
-          Cerita akan berakhir.

Teknik Penceritaan


·         Teknik penceritaan merupakan cara bagaimana isi disampaikan dalam sesebuah cerita
·         Terdapat 2 jenis teknik penceritaan dalam sesebuah cerita, iaitu teknik secara langsung(teknik pemerian) dan teknik penceritaan secara tidak langsung(teknik flashforward, saspens, flashback, monolog dalaman, monolog, dialog dan sebagainya)

Imbas kembali

·         Cara pengarang mempersembahkan cerita dengan mengingat kembali peristiwa yang telah yang telah berlaku melalui ingatan, kenangan, mimpi dan khayalan watak.

Imbas muka
·         Cara pengarang membayangkan meramalkan atau membuat andaian tentang perkara akan datang, iaitu peristiwa yang belum berlaku hasil dari sesuatu peritiwa.

Saspens

·         Teknik ini digunakan supaya pembaca tertanya-tanya mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi.
·         Persoalan tidak terus dijawab oleh penulis kerana pembaca akan cuba mencari jawapannya sendiri.

Kejutan

·         Teknik ini pula diadakan oleh pengarang secara tiba-tiba
·         Penulis memasukkan sesuatu watak atau peristiwa secara tiba-tiba hanya untuk menimbulkan suatu kejutan kepada pembaca.

Konflik

·         Konfilk bermaksud pertentangan atau pertikaian antara dua pihak.
·         Tidak semestinya berdasarkan pertentangan fizikal tetapi juga pertentangan pendapat, ida dan juga sikap
·         Terdapat2 jenis konflik :

(a)    Konflik Luaran
-          Pertentangan antara manusia dengan manusia/manusia dengan alam dan manusia dengan haiwan.
-          Konflik digambarkan sebagai pertentangan antara watak protagonis dengan wata antagonis
-          Timbul mungkin disebabkan wujudnya pergeseran pendapat pemikiran, pandangan, dan sikap hidup di kalangan watak itu.
-          Terutama sekali watak utamanya dalam menghadapi , menyelesaikan atau mempersoalkan sesuatu masalah hidup yang melanda dirinya.
-          Konflik yang dimunculkan dalam cereka bertujuan untuk menghidupkan watak-wataknya terutama dalam cereka bertujuan untuk menghidupkan watak-wataknya terutama unsure konflik yang bersifat batiniah atau dalaman.

(b)    Konflik Dalaman
-          pertentangan dalam diri, fikiran atau perasaan watak itu sendiri.




Kemuncak/Klimaks


·         Puncak cerita yang merupakan saat yang paling tegang dalam sesuatu peritiwa atau detik ketengan berakhir pada pertikaian yang ditimbulkan sebelumnya.
·         Bahagian atau saat paling menarik minat pembaca kerana menyentuh atau mencecah ke satu tanda paling tinggi ataupun berada dalam keadaan yang genting, mendebarkan, mencemaskan ataupun mengerikan.
·         Hasil ketegaqan atau konflik itulah yang merupakan puncak.

(iv)             Watak/Perwatakan

·         Watak ialah tokoh yang mendukung sebuah cerita(manusia atau bukan manusia)
·         Perwatakan pula ialah cara pengarang melukiskan watak.
·         Watak dan perwatakan dapat digambarkan melalui sifat-sifat luaran dan dalaman dialog.

(v)               Sudut pandangan

Cara bagaimana pengarang menghidangkan cerita kepada pembaca.  Lebih jelasnya ialah siapa sebagai pengkisah cerita.  Terdapat beberapa jenis sudut pandangan yang digunakan dalam cereka iaitu :-

·         Sudut Pandangan orang pertama – bermaksud salah seorang watak dalam sesuatu cereka yang menggerakkan cerita.  Beliau menggunakan kata ganti nama “Aku” atau “Saya”

·         Sudut Pandangan orang Ketiga – bermaksud pengarang bertindak sebagai pencerita dan tidak mempunyai kaitan dengan watak ataupun cerita itu sendiri.  Di sini pencerita bertidak sebagai “dia”/”mereka” atau pun nama yang dipilih untuk mengisahkan cerita.

(vi)             Gaya Bahasa
·         Gaya bahasa atau stail adalah satu cara pengarang menggunakan alat iaitu bahasa dalam menyampaikan karya-karya.
·         Gaya bahasa harus mempunyai unsure-unsur dramatik
·         Unsur bahasa mempunyai kaitan dengan keindahan bahasa
·         Keindahan yang digambarkan secara kreatif dan imaginative oleh pengarang dapat menggambarkan dan meninggalkan kesan dari segi penghayatan karya.
·         Untuk menguatkan cerita, anda memerlukan gaya bahasa yang menarik dan penggunaan ayat yang beragam.
·         Kehadiran ayat-ayat seperti ini banyak membantu anda mengolah karangan jenis ini.
·         Gunakanlah kebijaksaan dan daya pemilihan kata yang tepat dan jitu untuk menarik minat pembaca.
·         Masukkanlah pelbagai unsure nasihat yang berguna kepada pembaca dalam cerekat anda, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
·         Sebagai suatu karya berbentuk kreatif dan imaginative, anda perlu memastikan bahawa karangan ini memperlihatkan jalan cerita yang menarik dan permaian bahasa yang indah.

Unsur-unsur gaya bahasa


·         Gaya bahasa yang melibatkan diksi(pemilihan kata) dan pembentukan ayat.
·         Untuk menjadikan bahasa itu bergaya(mempunyai stail tertentu),  maka pengarang akan menggunakan pelbagai unsure gaya bahasa dalam proses penulisannya itu.  Antaranya ialah gaya bahasa perbandingan dan ayat bahasa euphemisme.

Gaya bahasa Perbandingan


Unsur gaya bahasa perbandingan terbahagi kepada beberapa jenis.  Antaranya ialah

(i)                 Simili
-          Perbandingan secara eksplisit dan dijelaskan
-          Penggunaan kata “seperti”, “ibarat”, “bak”, “bagaikan”, “umpama”, “laksana”,”penaka” dan “serupa”
-          Contohnya :
(a)     Seperti seekor rerama terbang
(b)     Ibarat api yang hidup segan mati tak mahu
(c)     Bagaikan mahu terkeluar biji matanya
(d)    Keroh seperti air deru
(e)     Macam melukut di tepi gantang

(ii)              Hiperbola
-          kata-kata atau frasa-frasa untuk memperhebatkan, meningkatkan kesan
-          gambaran yang dilukis tidak menepati realiti tetapi mengadungi nilai estetika
-          contohnya :
(a)     kelopak maktaku dibajiri ari mata
(b)     terbujur dia atas tanah bermandikan darah
(c)     aku sudah hampir separuh mati

(iii)            Personifikasi
-          gaya bahasa kiasan yang menggambarkan benda-benda mati atau barang-barang yang tidak bernyawa seolah-olah  memiliki sifat kemanusiaan
-          contohnya
(a)     hati ini selalu memberontak
(b)     guruh dan langit sedang berteriakan
(c)     Subuh telah mengundur diri
(d)    Alunan manja belantara khatulistiwa
(e)     perlahan-lahan dikoyaknya mulut sampul surat itu
(f)      kabus pagi yang sejuk mengucup mesra


(iv)             Metafora
-          perbandingan secara langsung iaitu ia memberi sifat sesuatu objek itu secara perbandingan terus.  Terdapat dua jenis metafora iatiu :

(a)    metafora yang tidak memerlukan kata-kata perbandingan seperti, bagaikan, laksana, bak dan bagai. 
Contohnya :
(i)  Abang benar-benar harimau dalam rumah
(ii)  Hari ini bapa menjadi singa

(b)    Metafora yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak
Contohnya :


(ii)               dahan kerinduan
(iii)             dinding hati
(iv)             kotak fikiram
(v)               roda kehidupan
(vi)             manik-manik peluh
(vii)           gunung harapan



Gaya Bahawa Euphemisme

·         Unsur euphemisme adalah bahasa yang digunakan untuk tujuan memperhaluskan kata-kata atau ucapan.  Ia juga disebut sebagai ucapan atau ungkapan lembut.  Misalnya perkataan merogol akan lebih indah dan sopan digantikan dengan memperkosa.
·         Contoh ayat :

Rogol
Telah diperkosa oleh seorang yang tidak bertanggungjawab
Bunting
Telah berbadan dua
Kencing
Pergi buang air kecil
Beranak
Hendak bersalin
Pekak
Kurang daya pendengaran
Mampus, kojol
Pergi menemui Tuhannya
Kembali ke rahmatullah
Pergi menyahut seruan Illahi
Menghembuskan nafasnya yang terakhir
Kembali ke alam baqa

Penutup

Kesalahan umum Para pelajar


·         tidak dapat mengemukakan daya pemikiran dan imaginasi yang tinggi
·         Kaedah penceritaan tidak dapat digunakan dengan baik(unsure-unsur penting seperti tema, plot, latar dan watak tidak dapat dihubungjalinkan)
·         Teknik imbas muka, imbas kembali, monolog dan dialog tidak dapat digunakan untuk menghidupkan watak-watak.
·         Tidak berupaya menggumakan bahasa orang berdialog(berbual) dengan baik.
·         Jalan cerita(plot) atau peristiwa yang dibawa tidak tersusun/tidak dapat dikembangkan.
·         Tidak berupaya mewujudkan konflik.
·         Gaya bahasa kreatif juga tidak mampu digunakan dengan baik.


Peringatan penting

·         Unsur ketegangan perlu dimasukkan supaya cerita menjadi lebih menarik.
·         Bahasa haruslah menarik dan sesuai dengan isi cerita.
·         Gunakan berjenis-jenis ayat dan ungkapan atau kiasan
·         Susun isi karangan dan kawal keseimbangan jumlah kata dalam setiap perenggan.
·         Watak-watak yang dilukiskan haruslah menarik, hidup dan tidak semestinya sterotaip.
·         Plot harus mengandungi aksi penting, masalah, konflik serta klimaks
·         Penyelesaian dan kesimpulan haruslah sesuai.
·         Cerita hendaklah menarik, mencabar, menunjukkan daya kreatif dan mempunyai unsure pengajaran atau nasihat yang berguna kepada pembaca.




Contoh karangan naratif – Memulakan dengan perenggan yang diberikan:

“Semenjak aku membuat keputusan itu, keadaan hidupku berubah. Aku tidak sangka keputusan yang aku anggap remeh itu mampu merubah segala-galanya. Kini …”

Semenjak aku membuat keputusan itu, keadaan hidupku berubah. Aku tidak sangka keputusan yang aku anggap remeh itu mampu merubah segala-galanya. Kini hidupku serba kekurangan. Ini semua gara-gara kebodohanku yang terlalu mementingkan diri sendiri dan mengejar kebendaan. Aku sungguh menyesali perbuatanku itu tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.
            Masih segar lagi di ingatanku, peristiwa yang aku alami dua tahun yang lalu. Aku adalah pengurus syarikat yang terkenal. Oleh kerana itu, aku menjadi sombong dan bongkak. Aku sering menyuruh pekerja-pekerjaku bekerja lebih daripada masa yang  telah ditetapkan. Ini membuat mereka membenciku. Bagiku, jika tidak dapat apa yang diiadamkan, lebih baik mati bak pepatah Melayu, ‘biar putih tulang, jangan putih mata’.
            Setiap hari, aku akan bertungkus-lumus menghabiskan kerja di pejabat, tidak kira siang atau malam. Aku juga tidak menghiraukan mereka yang suka mengata-ngata diriku ini. Apa yang penting ialah syarikat aku mendapat keuntungan yang besar.
            Pada malam itu, aku berasa sungguh letih. Kedengaran bunyi cengkerik memecah keheningan malam dan angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa membuat keadaan di dalam rumahku aman dan tenang. Sedang aku menikmati ketenangan itu, tiba-tiba ibuku mengadu dia sakit dada dan menyuruhku menemaninya ke klinik. Oleh kerana terlalu letih setelah penat bekerja di pejabat, aku memberi bermacam-macam alasan dan menganggap sakitnya sebagai satu perkara biasa sahaja. Memang selalu ibu mengadu sakit-sakit dada, tetapi setelah memakan pil Penadol, sakit itu akan pulih. Aku tidak sangka yang sakitnya kali ini amat serius.
             Esok paginya, aku terperanjat apabila mendapati ibu terbaring di lantai tidak sedarkan diri. Aku menelefon ambulans dan membawanya ke hospital. Aku hampa apabila diberitahu bahawa aku sudah terlambat. Doktor mengesahkan bahawa ibu telah mengalami serangan jantung dan tidak dapat diselamatkan lagi. Aku termenung buat seketika dan tanpa aku sedari, airmata mengalir di pipiku. Aku dibaluti perasaan kesal yang tidak terhingga. Aku hanya mementingkan harta dunia dan tidak mengambil berat tentang ibu semasa hayatnya.
            Perniagaanku menjadi tidak stabil dan syarikatku mula mengalami kerugian besar. Akhirnya, aku terpaksa gulung tikar. Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi. Pada saat itulah aku amat memerlukan seseorang untuk memberikanku perangsang dan dorongan, tetapi sayang, orang itu sudah pergi jauh dari sisi dan tidak akan kembali. Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Aku merasakan seolah-olah hidupku sudah tidak bererti lagi. Mungkin inilah balasan Tuhan kepada aku.
            Walaupun ibuku sudah tiada lagi di alam maya ini, jasanya akan tetap aku kenang. Pusaranya akan menjadi tempat mengubat rindu. Aku hanya mampu berdoa semoga ibuku ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keredaan-Nya. Amin. 


Contoh karangan naratif – mengakhiri dengan perenggan yang diberikan:

            "........ Semenjak hari itu, aku bertekad tidak akan membuang-buang masa lagi."

            Malam itu bukan main gelapnya sehingga pokok-pokok di tepi jalan raya tidak kelihatan dengan jelas. Hujan lebat semenjak petang tadi masih mencurah-curah dan angin, guruh dan petir masih sabung-menyabung. Sejuk bukan kepalang lagi sampai ke tulang hitam rasanya.
            Aku duduk di tepi jendela sambil termenung, merindukan suasana bersama keluarga terutama sekali ibu di kota Singa.Walaupun hanya tinggal  dua hari lagi untuk menamatkan pengajian undang-undang di Universiti NewCastle di Australia, aku sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke tanahair untuk menemui ibuku yang amat aku sayangi dan hormati. Pada pendapat aku, ibu merupakan seorang insan yang amat penyabar dan pengorbanan mereka kepada anak-anak mereka tiada tolok bandingnya kerana ibulah yang sentiasa mengasuhku bagai menatang minyak yang penuh. Usaha beliau yang tidak mengenal erti penat lelah hanya untuk kepentingan masa depanku tidak akan aku lupai. Oleh itu, aku telah berjanji pada diriku agar membawa ijazah undang-undang tidak lama lagi dan akan menjadi seorang peguam sebagai membalas jasa ibuku yang tidak ternilai itu. Ibulah yang dapat membentuk seorang insan yang dahulunya malas dan tiada berguna kepada masyarakat kepada seorang insan yang berjaya.
            Sewaktu di bangku sekolah lagi, minat aku dalam pelajaran akademik amatlah cetek. Keputusan peperiksaanku kurang menyerlah dan aku sering mendapat tempat yang terakhir di dalam kelas. Sepanjang tiga setengah tahun di dalam sekolah menengah, aku tidak pernah menyelesaikan kerja rumahku. Disebabkan ini, aku sering dirotan guru disiplin dan pengetua sekolah. Prestasi aku dalam bidang akademik amat mengecewakan. Aku sering cuai dan leka dalam pelajaran dan selalu  tidur sewaktu guru-guru sedang mengajar. Aku sering memencilkan diriku daripada kawan-kawan agar aku tidak diusik. Disebabkan ini, ibu bapaku sering dipanggil untuk datang ke sekolah. Segala tomahan dan cacian dilempar kepada diriku ini.
            Sifat malas aku juga merupakan satu faktor mengapa aku pada dasarnya tidak suka pergi ke sekolah. Aku akan sering tiba ke sekolah lambat dan selalu didenda. Selepas loceng berbunyi, aku akan bergegas ke kolong flat aku untuk menemui rakan-rakanku. Kami akan bersembang di bawah kolong flat sepanjang hari. Masa kami dihabiskan bermain gitar dan mengusik gadis-gadis yang kebetulan berjalan di sana. Ada kalanya, aku merayap entah ke mana sehingga larut malam.
            Di rumah, aku tidak pernah mengulangkaji pelajaranku. Seringkali masaku banyak digunakan untuk menonton televisyen dan bermain komputer. Aku juga sering banyak menghabiskan masaku berbual-bual di telefon. Setelah penat berborak di telefon, aku akan masuk tidur.
            Sewaktu peperiksaan pertengahan tahun menjelang, aku masih belum sedar akan peri pentingnya mempunyai  pelajaran yang tinggi. Aku banyak menghabiskan masa aku di tempat-tempat hiburan walaupun aku sepatutnya mengulangkaji pelajaranku agar bersedia menghadapi peperiksaan kelak. Nasihat ibuku tidak aku  dihiraukan. Aku menduduki semua kertas peperiksaanku dengan sedikit persiapan. Sememangnya, aku tidak dapat menjawab semua soalan yang diberikan. Aku mula panik dan terasa menyesal. Kata-kata ibuku masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku seolah-olah ingin menangis kerana aku tidak mahu harapan ibuku terhadap aku musnah. Setelah setiap kertas peperiksaan diperiksa, aku dapati bahawa aku telah gagal dalam semua  mata pelajaranku itu. Aku terima keputusanku dengan hati yang terbuka memandangkan usaha yang sedikit yang telah aku berikan dalam pelajaranku.
            Aku telah gagal dengan teruknya. Aku mula sedar akan peri pentingnya pelajaran. Ibuku amat sedih dan hampa. Beliau berharap agar aku dapat membantunya menampung  perbelanjaan adik-adikku kelak kerana aku merupakan anak yang sulung. Walaupun demikian, harapkan pagar, pagar makan padi. Aku tersentak dari tabiat burukku itu. Aku percaya dengan kegagalan, aku tidak dapat sampai ke mana-mana. Aku akan bergaji kecil dan besar kemungkinan, aku akan mengalami masalah kewangan pada masa hadapan.
            Kematian ayah juga menambahkan kebingungku. Aku sekeluarga tidak mampu mengecap kemewahan seperti keluarga lain. Hidup kami terus berubah dan ibu terpaksa keluar bekerja kerana tidak mempunyai wang lagi untuk menyara kami bertiga. Ibu mengambil upah mencuci baju di waktu pagi dan pulang pada waktu tengahari, sementara aku pula ditugaskan untuk menjaga adik-adikku di rumah. Kesusahan sentiasa menghimpit kehidupan kami dan hasil titik peluh ibu sekadar cukup untuk keperluan seharian seperti makanan dan  wang saku untuk pergi ke sekolah.
            Namun, aku tetap bersyukur kerana aku masih dapat melanjutkan pelajaran di sekolah. Aku telah belajar bertungkus-lumus setiap hari dan keputusan peperiksaanku lebih baik daripada murid-murid yang lain dalam kelas kami. Ibu sangat bangga dengan perubahanku dan sentiasa memberiku dorongan agar aku terus maju dalam pelajaran. Walaupun demikian, sudah jatuh dihimpit tangga. Ibuku pula telah diserang penyakit angin ahmar. Aku amat terkilan dan menyesal kerana tidak menjadi seorang anak yang baik dahulu. Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa akan menjelang dua bulan lagi dan aku bertekad untuk mendapatkan keputusan yang baik dan berkualiti. Semenjak hari itu, aku bertekad tidak akan membuang-buang masa lagi.



0 komentar: